WELCOME VISITORSsssss..

WELCOME VISITORSsssss..

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah. Tahun Baru Islam.

Assalamualaikum. Hai hai again ! Pelik sangat tau sebenarnya harinih. Aku pagi pagi dah bangun then terus mandi. Haha. Maklumlah, ayah pagi tadi lepas solat subuh dia tak tidur. terus pekik "Nora, Ika..Bangun. Kan tahun baru harinih. Azam pun kene baru lah" peh pehh aku terus bangun lah siott. hahaha

Harinih 5 November 2013 bersamaan 1 Muharram 1434 Hijrah. So that means harinih tahun baru dalam Islam lah. Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah sebab Engkau telah memanjangkan umur ku sehingga ke hari ini..

Kalau mengikut sejarah Islam kan, dulu 1 Muharram nih detik permulaan Hijrah Rasulallah tau. Bulan Muharram juga adalah bulan perpindahan Rasulallah dan umat Islam lain dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Perpindahan nih bertujuan untuk menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas dan Alhamdulillah, sehingga hari ini, agama Islam terus berkembang dan berkembang dari Tanah Arab sehingga lah ke seluruh pelusuk dunia. Ini menunjukkan Rasulallah, sahabat Baginda dan umat Islam zaman dahulu kala tidak pernah berputus asa berdakwah dan berhijrah untuk menyebarkan agama Allah iaitu agama Islam walaupun dulu jahiliah berkuasa, tapi disebabkan pegangan mereka kuat, Allah sentiasa membantu.

Mati adalah pasti. Aku kalau boleh nak mati awal tapi bukan mati biasa. Aku nak sangat tau mati Syahid. Nak mati syahid nih senang sebenarnya. Mati syahid bermaksud menghembuskan nafas terakhir ketika sedang melakukan sesuatu yang disuruh olehNya. Tapi yang susahnya, kita tak tahu bila malaikat Izrail akan menarik nyawa kita. Ermm mati tak boleh diminta tapi berdoa lah kalau rasa mati itu lebih baik. Zaman Nabi dulu, ramai sangat tau yang mati syahid. Beruntungnya mereka, Subhanallah.. :')  * sedekahkan Al-Fatihah bagi mereka yang mati syahid kerana berjuang demi Islam*

Tahun baru.. Harinih adalah tahun baru dalam Islam tapi tak semua anggap nih tahun baru. Ramai umat Islam lebih tertumpu dengan kalendar yang bulan Januari February apa ke jadah tu. Detik 31 December nak ke 1 January buat countdown tapi ada sesiapa buat countdown detik 30 Zulhijjah nak ke 1 Muharram? Bijakkan syaitan mengaburi mata kita.. Syaitan punya genius, sampai malam countdown new year 1 January tu ada bunga api bagai tau. Itu semua mengkhayalkan lahh. Tapi bagi mereka yang bijak, mereka tahu apa yang mereka perlu buat bila new year is coming :)

Okey okey.. Dikesempatan nih, aku mintak maaf dengan semua orang lebih lebih lagi dekat diorang yang baca post aku kali nih. Ingat, "barang siapa yang mengingatkan orang lain tentang maal hijrah,haram neraka baginya".  Begitu Maha Pemurahnya Allah sampai macam nih sekali ganjaran yang akan dia beri. Tapi ada sesiapa kisah? Tak kann. Guys, bukak lah mata besar besar. Dunia dah semakin akhir zaman. Bumi dah tua. Mak ayah tua, kita jaga. Bumi tua, siapa nak jaga lagi kalau bukan kita? Tepuk dada, tanya hati. Kalau asyik tanya selera je, bila umat Islan sekarang nak berkembang. Betul tak? Dear Muslims, jadikan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum sebelum ini okey. Dengan azam yang tinggi, Allah dah beri pahala, inikan kalau korang tunaikan apa yang diazamkan, In Shaa Allah lebih banyak lagi ganjaran pahala yang Allah sediakan :')

"A true migrator is one who abandons what Allah has prohibited" - Rasulallah S.A.W :')

Salam,
FUTURE WIFE


No comments:

Post a Comment