WELCOME VISITORSsssss..

WELCOME VISITORSsssss..

Saturday, June 21, 2014

Cuba Bahagia ♥

Assalamualaikum and Night dears :)

Haihh rasa macam lama sangat dah tak update. haha takdelah lama sangat. Actually my last post was at 6 April 2014. Haihhh dekat dua bulan jugak tak sentuh blog nih. Hahaha tapi disebabkan dah janji dengan someone nak update tonight, so aku akan tepati janji. Hahaha

Kalau siapa yang setia baca post post kat blog aku nih, mesti korang tahu perkembangan hidup aku dari semasa ke semasa. When i'm happy and i'm sad, serba sedikit aku cerita dekat sini. Sometimes aku fikir yang blog ni ada jugak buruknya sebab blog ni buatkan kita share story hidup kita dengan orang yang kita tak kenal. But for me, blog make me happy. Its release a bit of my tension when i updated my post.

"Cuba Bahagia ♥" title post aku tonight.Why i'm choose this title? Hahaha Okey let me story something. What i'm gonna story in this post, takde sikit pun nak memburukkan or mengaibkan others okey. Jangan salah anggap :)

Siapa yang follow post aku yang before, aku still in relationship dengan dia. Siapa dia? Budak tinggi lahh. Hihihi tak ingat? hahaha tak perlu ingat lah. Benda dah lepas.. He really really make me definately disappointed with him. Why? hahah tak perlu cerita detail lah. Tak elok burukkan orang. Hahaha and now, i'm officially SINGLE. hahaha cant believe it? Me too! hahaha aku sendiri tak percaya yang aku single now. And aku sendiri tak yakin berapa lama aku boleh single. Tapi pada aku, ini masih terlalu awal untuk aku cari pengganti sebab sayang suka cinta kat budak tinggi still berbaki dalam hati. Walaupun aku dah di ludah dari hidup dia, tapi itulah hakikatnya apa ada dalam hati aku sekarang. Anyone pernah rasa tak dibuang saat kita dah betul betul sayang seseorang tu setengah mati? Sakit sangat kan rasa nya.. Hati macam di siat siat woo. And that what i'm feel right now. Tapi itu keputusan dia. Dia yang berkeras nak bawak haluan masing masing so aku go on je lah. Usaha? haha bukan aku taknak berusaha juangkan hubungan aku dengan dia. Tapi dah itu dia nak. So terpulanglahh. Aku taknak lah dia anggap yang aku nih tak boleh hidup tanpa dia. Hahaha memang tidak lah sama sekali. Aku jenis orang yang cerita sini, habes sini. So bila dia blah, aku senyap. Tutup story pasal dia. And anggaplah post tonight last about dia. Hihih byebye my old life and i'll start my new life story.

Dalam keadaan yang sakit hati ya amat ni jugak aku cuba bina kebahagiaan aku sendiri. Walaupun lepas diludah, aku kuatkan hati aku and semangat aku nak tersenyum semula. Dia? aku tak perlukan dia.. Aku jahat? hahahah tak tahu story memang cakap aku jahat. Tapi kalau tahu the real story, korang jugak akan buat benda yang sama :)

Dorongan kawan kawan and family buatkan aku kuat. Semangat aku yang dia matikan now menyeri semula dengan sokongan kawan kawan and family. Yang paling banyak membantu adalah ibu. Seriesly ibu faham sangat keadaan aku. Ibu lah kawan, ibu lah sahabat sekepala semuka. Hahaha perkataan 'Sekepala Semuka' tu aku dapat dari someone yang tak habes habes cakap muka aku and ibu takde beza. Hahahah

Haihh mata pun dah rabak gilerr. Hahah ngelak aku tertidur sekali lagi je depan lappy. Hahahahaha Okey done for my post tonight. Hope dia baca post aku nih sebelum game German lawan Ghana malam nih start pukul 3 pagi. Hehehe jangan tidur ye broh :)

♥ MYSELF

Sunday, April 6, 2014

Honest ♥

Assalamualaikum.. Hye Peeperss :)
Goodnight readers! Haihhhh bosannya lahaii malam nih. Mood pun sebenarnya not too good lepas apa yang jadi tadi.

Hermm sebenarnya aku pelik dengan perangai aku. Banyak jugak aku berubah lepas aku kenal dengan dia nih. Dari seorang yang pemarah and panas baran, ada kurang sikit now. Sebelum nih aku takleh salah sikit, terus melenting but lepas kenal dia, aku jadi lebih penyabar. Sifat cemburu buta aku pun aku cuba buang jauh jauh. And sikap suka kongkong aku pun aku dah kurangkan. Ibu selalu pesan "Jangan kongkong dia sebab itu boleh buatkan dia bosan and meluat. Dia lelaki. Dia perlukan kebebasan dunia luar. Dia lelaki. Dia yang kene jaga kau, Bukan kau jaga dia" okeyy akak faham bu. Ibu lebih banyak pengalaman. Ibu terlebih dahulu makan garam sebelum aku. So nothing yang boleh bantah ayat ibu tu. Betul semua yang ibu cakap.

Hurmmm tapi satu je yang aku memang belum boleh ubah. Aku still pantang dicabar and diganggu. Aku tak suka mana mana perempuan kacau dia. Kawan ke apa ke peduli apa aku. Aku suka ingatkan dia "Jangan cakap perempuan yang kau rapat tu kawan sebab sebelum aku couple dengan kau, aku 'kawan' kau jugak" .. Aku rasa ayat tu pun simple untuk dia faham.

Sifat aku dengan dia sangat jauh beza. Aku pemarah, dia relex je. Aku panas baran, dia kuat merajuk. Bercanggah sangat sifat kitorang. Tapi dalam Islam ada menyatakan yang pasangan or jodoh kita adalah kekurangan kita. Faham tak maksudnya? hahh maksudnya, kekurangan kita adalah kelebihan pasangan kita manakala kekurangan pasangan kita adalah kelebihan kita. So no wonder lah kalau aku dengan dia banyak kekurangan yang tak dapat dielak sebab between us cuba saling melengkapi kekurangan each other. Kalau dah sayang, kita kenelah terima kekurangan and kelebihan diri si dia dengan hati terbuka. Ikhlas lah terima siapa diri dia yang sebenar. Bersyukurlah kalau korang dah jumpa pasangan yang hanya jadi diri sendiri dan berjaya menarik and mencuri hati korang. Bukan semua orang tau macam nih. kebanyakkan manusia nih lebih suka jadi diri orang lain agar diri lebih disukai and dihormati padahal buruk padah sebenarnya kalau kita fake kan diri kita nih. Dalam erti kata lain, hipokrit lahh. Bersyukur dengan apa yang kita ada now. Semua yang kita peroleh now adalah yang terbaik untuk kita.

Actually aku sendiri tak tahu why aku pilih perkataan 'HONEST' sebagai tajuk post kali nih. Tapi satu je yang aku boleh cakap. Dalam sesuatu perhubungan, yang paling penting adalah kesetiaan and kepercayaan. Demi Allah, bukan senang nak jumpa setia and percaya zaman sekarang. So kalau dah jumpa yang setia tuh, jagalah. Dah jumpa yang percaya tuh hargailah. Jangan kita sia siakan kepercayaan orang. Kepercayaan adalah satu benda yang tiada dalam senarai bursa saham jual beli dunia sebab kepercayaan adalah something yang limited edition yang belum ada dalam pasaran. Hahahahah faham? So take care of your relationship. Aku update post nih bukan just nak bagi nasihat kat korang yang baca nih sebab aku sendiri pun belum cukup sempurna nak jaga hubungan baru aku nih. Tapi post kali nih pun untuk aku sendiri ambil sikit pengajaran yang boleh buat aku sedar mana kekurangan aku. Aku harap dalam post kali nih kalau aku ada tersilap bahasa or tersalah fakta, sila bagitahu. Aku mintak maaf yew :)

Infiniti Sayang ♥


"Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu

Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu"


Assalamualaikum and goodnight visitorss :)
Bosannya lahaii malam nih. Nak buat lukisan tapi madah tak menjadi je. Ukuran lari. Aku kalau dah buat lukisan berkali kali tak jadi memang rasa nak nanges je. Hahahahaha. Okey, so.....for nak isi masa lapang aku yang teramat lapang nih, aku nak share something. What i'm going to share today is not facts but just my opinion about it okey. Lain orang kan lain opinion :)

Bila kita sebut je 'Infiniti Cinta', everyone will think about lagu Kaka ft. Zizan tu kan. Hihihi Betul lahh. Idea aku nak post about nih memang ada serba sedikit berkait lah sebab sebenarnya aku update post ni sambil dengar lagu tu. Hahahaha
Bila kita sebut je perkataan 'Cinta' automatik kita semua tahu it is all about feeling. Kan? Hahahaha. Aku rasa kalau aku buat research pasal cinta, tak lain tak bukan jawapan orang mesti "Cinta itu indah", "Cinta itu buta" and so on lahh. Tapi memang perasaan cinta tu bukan sahaja dari segi ungkapan tapi juga dari segi perbuatan, perlakuan and cara kita nak care. Am i right? Cinta tuh pun boleh buatkan kita tak sedar apa yang betul, apa yang salah and apa yang burk , apa yang cantik sebab semua nampak indah and perfect! Love doesn't make the world go round. Love is what makes the ride worthwhile.
Kalau sebut je perkataan 'Cinta', aku mesti teringat ayat Sir John kat kolej sebelum nih. Ayat nya cam ni "Tak kenal maka tak cinta" hahahaha aku ingat wehh ayat tuh.

Okey, back to my topic. Kalau lagu Kaka ft. Zizan tu Infiniti Cinta, aku now nak talk about Infiniti Sayang. Amacam? Hahahahah ehermmmm... Kalau ikot kamus dewan, maksud INFINITI adalah banyak yang tak terkira. SAYANG pulak maksudnya perasaan cinta. So bila kita sebut je 'Infiniti Sayang', kita dah tahu yang maksudnya is sayang and cinta yang tidak terhingga.
Bila dengar je lagu infiniti cinta tu, kita boleh faham sendiri maksudnya dengan lebih detail. Tapi lagi detail information yang kita dapat pasal lagu tuh kalau kita tengk video klipnya. Best!

Ada sesetengah individu yang anggap rasa sayang and cinta nih menyusahkan. Tapi dalam lagu tu, watak zizan dah buktikan yang sayang and cinta tu sebenarnya serba serbi memberi kita semangat dari seorang yang mudah mengeluh kepada orang yang tidak mudah mengalah, dari seorang yang takut dengan halangan kepada orang yang pantang dicabar. So nampakkan kekuatan rasa sayang and cinta tu? Believe it or not, aku nih someone yang akan lebih bersemangat and more self confidence kalau ada pasangan atau senang cakap ada pakwe ah. Korang pernah tak fikir, kalau korang penat2 buat assingment or balik kerja, siapa yang akan hiburkan korang kalau bukan pasangan? So kalau korang takde pasangan, macam mana ek? Okey, lainlahh cerita kalau korang stay dengan family yang ramai adik beradik or stay dengan kengkawan. Tapi aku rasa kalau korang stay dengan kengkawan pun kengkawan korang gerenti lebihkan couple diorang kan? Hahah normal lahh tuh.


"Apakah guna seorang raja tanpa permaisuri jelita di sisi

Ibarat jantung tiada degupannya
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
(dan memang engkau ratu aku)
Andainya kamu mampu buktikan padaku"


Tapi kalau korang takde couple, jangan pulak korang terjun bangunan. Hahaha Think positif. Jangan ingat bila korang takde pasangan itu maknanya korang tak cantik/handsome. Tidaklahh. Semua hamba2 Allah tu cantik/handsome and sempurna paras rupa. Sedangkan orang yang kerdil and OKU pun kahwin, inikan kita yang cukup sifat. Betul tak? Senang je. Kalau korang taknak fikir negatif, just fikir yang korang takde couple sebab Allah nak jauhkan hati korang dari sebarang kunci2 maksiat. Okey? Dalam Al-Quran dah tertulis yang setiap orang dah disediakan jodoh masing masing cuma tunggu masa je dia nak datang. So jangan mudah putus asa untuk menunggu and menanti yaww. Jauh lagi perjalanan hidup so just be patience okey :D


"Cinta bukan saja bukti

Ku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara
Tiada metafora kerna kau tidak ketara"

"Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya"






Thursday, January 23, 2014

I'm Still Alive :)

Assalamualaikum and Hii Stalkers!
Remember me? haha lama betul tak ngadap blog. Nak update pun takde masa sejak start semester 3 nih. Haihhh sia sia rupanya usaha aku tunggu dia selama 5 bulan lebih. Last last dia just boleh cakap "Kita kawan macam biasa je. Aku malas lah nak couple couple nih" haihhh kenapa lah nasib selalu tak menyebelahi aku. herhhhhh!

Lepas si dia, datang lagi seorang hamba Allah dalam hidup aku. Mula mula rasa dia baik sangat. Orangnya manja, memahami, kelakar, pandai amek hati and pandai memujuk. Tapi sayang, kata kata dia hanya sekadar manisan bukan pada perbuatan. haihhh Cukup lah dia sakitkan hati aku. Aku rasa harga diri aku dipijak dengan seorang lelaki dalam masa seminggu. Teringat lagi time hari Jumaat tuh. masa pukul 12 sebelum dia pergi sesiap nak solat Jumaat, dia cakap dia sayangkan aku. Cintakan aku. Bila pukul 2 petang aku bangun tidur, aku nampak nama WeChat dia nama member aku sendiri. Member sekelas pulak tuh. haihhh Bodohnya lahai aku boleh terpedaya dengan manis kata kata dia. Subhanallah. Tak pernah aku rasa sakit hati sesakit nih tau. hermmm Cukup lah sekali dia hadir dalam hidup aku. Ya Allah, jauhkan aku dari dia selepas nih. hermmm..

Lepas semua benda ni jadi, aku baru sedar dengan pesan ibu selalu "Suka oang and sayang orang yang sayang and suka kita. Bukan kita yang terkejar kejar orang tuh. Jangan sampai cinta kita bertepuk sebelah tangan."

Now dalam hidup aku hanya ada seorang insan istimewa yang kuat sangat orangnya. Walaupun banyak dugaan dalam hidup dia, dia tetap kuatkan semangat dia and tak pernah putus asa. Aku bangga dapat kenal dia. Siapa dia? Muhammad Putra Rayyan Mikhail. He such a special guy for me. Dari dulu sampai sekarang usaha dia nak tarik perhatian aku tak pernah putus asa. Walaupun satu chat dia aku tak pernah reply sebelum ni, tapi dia tetap kuatkan semangat nak curi hati aku. Alhamdulillah dia berjaya. Semua cerita dia aku tahu. Masalah dia dah macam masalah aku jugak. Dia lah sahabat aku, dia lah yang faham aku sekarang. Segalanya galanya dia sekarang. Tapi aku taknak mengharap macam sebelum nih kerana harapan yang gagal amat menyakitkan. Sejujurnya hati aku masih kosong. Kosong dengan senyuman tapi penuh dengan kesakitan. Kesakitan yang amat sangat. Kadang kadang pengalaman buatkan aku tak percayakan lelaki. hermmm tapi aku sedar, mana ada perempuan yang boleh tanpa lelaki oi ! haihhh...

MUHAMMAD PUTRA RAYYAN MIKHAIL... Nama nya unik and sedap sangat didengar. Orangnya pun unik sangat. Walapun dia menghidap satu penyakit kronik tu, tapi dia tak pernah putus asa nak teruskan hidup dia macam insan yang lain. Aku bangga dengan kecekalan dia tau. Ya Allah, sejahtera kan lah hidup dia walau di mana dia berada Ya Allah, Amin......  Sebab dia jugak lah aku boleh ubatkan hati aku yang dah hancur berkecai di robek dengan dua insan yang tak pernah nak faham perasaan aku. hurmmm Aku akan cuba jaga hati perasaan dia sebaik dan semampu aku. In Shaa Allah.. Jadikanlah cerita aku ni as iktibar suapaya kita tak mudah percaya dengan kata kata kosong orang. Lebih2 lagi perempuan, janganlah percaya dengan ayat manis lelaki kerana kelebihan utama lelaki adalah 'SweetTalker' :')

"I'd catch a grenade for ya
Throw my hand on the blade for ya
I'd jump in front of a train for ya
You know I'd do anything for ya
Oh ho,
I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
Yes, I would die for you, baby
But you won't do the same"

Thursday, November 28, 2013

Sampaikan Salam Rinduku..

Assalamualaikum and Hai Readers..
Nothing to post today but i really need a problem listener now and i hope dear readers can be. Sedih sangat tau. Since yesterday night dia tak reply text and call pun takde respons. erm Why? Apa yang dia busy sangat? Ermm sedih sangat sangat. Aku rindu dia. Selalunya rindu tu indah tapi kali ni rindunya sakit sesangat. Kadang kadang bila aku fikirkan rindu ni, sampai sakit dada dibuatnya. Ya Allah, kenapa dia tak rasa apa yang aku rasa? ermm Last text dari dia semalam buatkan hati aku betul betul terkilan. Tapi disebabkan aku balas 20minit lambat sebab aku masak, dia terus tak reply sampai sekarang padahal dari pagi aku bangun tidur tadi sampai sekarang, aku tak berhenti henti call and send text dia. Tapi takpe, aku faham. Mungkin dia terlalu busy. erm I hate school holiday!! It make me feel bla bla bla bla... Ya Rabbi, mana lah dia? Apalah yang dia tengah buat tuh. Haihh please lah... Aku nak marah, tak sanggup sebab sayang. Tapi sakit rindu yang aku rasa ni, Allah je yang tahu. Ya Allah, kirimlah salam rindu ku pada dia biar dia tahu yang aku rindu dia setengah mati dekat sini. Ermm.. :'(

Salam,

Saturday, November 9, 2013

Let's Stay Together

Assalamualaikum. Hai Visitorss! Sihat guys? ermm Seriesly today takde idea langsung nak update post tau. Ermm maklomlah, aku bukan blogger tegar. haha Anyway today i get some story to share. Its about a song. This song act sir yang nak kitorang nyanyi. Memula sir ajak Aina je join band untuk next year tapi Aina nak ajak aku. So aku agree je lerr. Rezeki tu beb. This song actually penyanyi sebenarnya Al Green tapi sir suruh dengar yang Maroon 5 punya or Seal punya. So aku pilih Maroon 5. Lagu niy susah sangat nak nyanyi. Tapi nak tak nak kene jugak cuba nyanyi. Pada aku lagu niy tak lah sedap sangat. Biasa biasa je. But the lyrics beb, pehh! Makan dalam.. hahaha try lerr baca. So enjoy the lyrics k :')

"Let's Stay Together"
(originally by Al Green)

Yeahhh hmm hmm hmm

I am so in love with you
Whatever you want to do
Is alright with me

'Cause you make me feel so brand new
I want to spend my life with you

The same thing's, baby
Since we've been together

Loving you forever
Is what I need

Let me be the one you come running to
Baby, baby
I'll never be untrue, baby

Ooh, baby
Let's, oughta stay together

Loving you, whether, whether times are
Good or bad, happy or sad
Come on

Oh oh, oh
Oh oh, oh

Whether times are good are bad
Happy or sad
Come on

Why, somebody, why people break up?
Oh
Turn around and make up

I just can't see
'Cause you'd never do that to me, baby
Would you baby

Being around you is all I see
Ooh baby, let's, we oughta stay together

Loving you whether, whether
Times are good or bad
Happy or sad
Come on

Let's babe, oughta stay together, baby
Loving you whether, whether
Times are good or bad
Happy or sad
Come on

Good or bad
Happy or sad
Come on
Good or bad
Happy or sad

Oh, oh

Done with the lyrics? Nak tahu Music nya pulak? Okey.. Click here sayang :)

For the video with lyrics :  http://www.youtube.com/watch?v=TV330tF5ltA
For the live show by Maroon 5 in French : http://www.youtube.com/watch?v=UbkRFj9vp00

Enjoy okeyy :') 

Salam,
FUTURE WIFE.

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah. Tahun Baru Islam.

Assalamualaikum. Hai hai again ! Pelik sangat tau sebenarnya harinih. Aku pagi pagi dah bangun then terus mandi. Haha. Maklumlah, ayah pagi tadi lepas solat subuh dia tak tidur. terus pekik "Nora, Ika..Bangun. Kan tahun baru harinih. Azam pun kene baru lah" peh pehh aku terus bangun lah siott. hahaha

Harinih 5 November 2013 bersamaan 1 Muharram 1434 Hijrah. So that means harinih tahun baru dalam Islam lah. Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah sebab Engkau telah memanjangkan umur ku sehingga ke hari ini..

Kalau mengikut sejarah Islam kan, dulu 1 Muharram nih detik permulaan Hijrah Rasulallah tau. Bulan Muharram juga adalah bulan perpindahan Rasulallah dan umat Islam lain dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Perpindahan nih bertujuan untuk menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas dan Alhamdulillah, sehingga hari ini, agama Islam terus berkembang dan berkembang dari Tanah Arab sehingga lah ke seluruh pelusuk dunia. Ini menunjukkan Rasulallah, sahabat Baginda dan umat Islam zaman dahulu kala tidak pernah berputus asa berdakwah dan berhijrah untuk menyebarkan agama Allah iaitu agama Islam walaupun dulu jahiliah berkuasa, tapi disebabkan pegangan mereka kuat, Allah sentiasa membantu.

Mati adalah pasti. Aku kalau boleh nak mati awal tapi bukan mati biasa. Aku nak sangat tau mati Syahid. Nak mati syahid nih senang sebenarnya. Mati syahid bermaksud menghembuskan nafas terakhir ketika sedang melakukan sesuatu yang disuruh olehNya. Tapi yang susahnya, kita tak tahu bila malaikat Izrail akan menarik nyawa kita. Ermm mati tak boleh diminta tapi berdoa lah kalau rasa mati itu lebih baik. Zaman Nabi dulu, ramai sangat tau yang mati syahid. Beruntungnya mereka, Subhanallah.. :')  * sedekahkan Al-Fatihah bagi mereka yang mati syahid kerana berjuang demi Islam*

Tahun baru.. Harinih adalah tahun baru dalam Islam tapi tak semua anggap nih tahun baru. Ramai umat Islam lebih tertumpu dengan kalendar yang bulan Januari February apa ke jadah tu. Detik 31 December nak ke 1 January buat countdown tapi ada sesiapa buat countdown detik 30 Zulhijjah nak ke 1 Muharram? Bijakkan syaitan mengaburi mata kita.. Syaitan punya genius, sampai malam countdown new year 1 January tu ada bunga api bagai tau. Itu semua mengkhayalkan lahh. Tapi bagi mereka yang bijak, mereka tahu apa yang mereka perlu buat bila new year is coming :)

Okey okey.. Dikesempatan nih, aku mintak maaf dengan semua orang lebih lebih lagi dekat diorang yang baca post aku kali nih. Ingat, "barang siapa yang mengingatkan orang lain tentang maal hijrah,haram neraka baginya".  Begitu Maha Pemurahnya Allah sampai macam nih sekali ganjaran yang akan dia beri. Tapi ada sesiapa kisah? Tak kann. Guys, bukak lah mata besar besar. Dunia dah semakin akhir zaman. Bumi dah tua. Mak ayah tua, kita jaga. Bumi tua, siapa nak jaga lagi kalau bukan kita? Tepuk dada, tanya hati. Kalau asyik tanya selera je, bila umat Islan sekarang nak berkembang. Betul tak? Dear Muslims, jadikan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum sebelum ini okey. Dengan azam yang tinggi, Allah dah beri pahala, inikan kalau korang tunaikan apa yang diazamkan, In Shaa Allah lebih banyak lagi ganjaran pahala yang Allah sediakan :')

"A true migrator is one who abandons what Allah has prohibited" - Rasulallah S.A.W :')

Salam,
FUTURE WIFE


Monday, November 4, 2013

Rakan, Kawan, Sahabat dan Persahabatan...

Assalamualaikum. Hai Hai Readers.. Tadi masa aku online facebook, Acik ada tag kan aku satu post. Siapa Acik? dia actually my new friend kat kolej. Dia student SKM JER. Sebelum niy tak pernah bertegur pun. Tapi bila dia dah selalu lepak kat kelas, bertegur lah jugak. Sebenarnya aku terkilan baca post dia tuh. Terus aku ada idea pulak nak update post time time macam niy.

Kawan? aku memang sensitif kalau topik utama nya kawan. Aku dah banyak pengalaman tapi baru sekarang aku kenal apa ertinya kawan. Kawan is more special than boyfriend/girlfriend. Percayalah. Tanpa pasangan, In Shaa Allah kita boleh hidup tapi tanpa kawan, hari hari kita tak beerti tau. Perasan tak, kalau kita ada family problem, kawan yang kita cari. Kalau ada relationship problem, kawan jugak yang kita cari. See! Kawan is everything.

Kawan niy ada macam macam jenis. ada yang memang ikhlas berkawan dengan kita. Ada jugak yang talam.
Yang ikhlas means, dia sentiasa ada untuk kita tak kisah lah time kita susah ke, senang ke. Kawan yang ikhlas jugak selalunya dapat meneka masalah kita. Even kita tak cerita dengan dia apa apa, tapi dengan pandang air muka kita, dia dah dapat agak apa masalah kita. itu kawan yang ikhlas tau. tapi bagi kawan yang talam, biasanya diorang niy ada untuk kita time kita senang je. Kalau time susah, lesap menghilangkan diri. Orang macam niy memang tak boleh buat kawan.

So kalau kita dah ada kawan, hargailah mereka. Jangan tinggalkan mereka time mereka susah. Yang penting, jangan cepat mengeluh dengar masalah diorang okey. Remember, kawan adalah salah satu penawar bila kita sedih and pilu. Dulu,  Rasulallah sangat sayangkan para sahabat tau. Jadikan contoh cara Rasulallah melayan para sahabat. Take care of your friendship guys sebab kawan yang hilang dan persahabatan yang hancur, susah untuk kita perbaiki. Syaitan sentiasa ada disekeliling kita untuk menghasut kita.

Aku sayang kawan kawan aku. Tak kisah lah kawan baru ke, kawan lama ke. Kawan baru selalu ada untuk aku sekarang. Kawan lama pulak pernah ada untuk aku dulu. Terima kasih banyak banyak. Jasa korang aku takkan pernah lupa beb.

Jaga hubungan dan persahabatan korang. Good friends are like stars. You dont always see them, but you know they're always there. A true friend is one who thinks you are a good egg even if you're half-cracked. Remember, friendship is a gift from Allah :')

Salam,
FUTURE WIFE.



Monday, June 10, 2013

Nervous! :3

Assalamualaikum. Hai back! Haha. Actually tujuan utama aku beria-ia datang kolej harinih sebab nak tahu result sem satu. Tapi hampeh, satu result pun tak dapat. Semua pensyarah kalau di tanya result, jawapannya mesti "Tunggu lah slip dari LPM nanti ea" ceh! Menyampah. Tapi tadi pensyarah sejarah kelas aku, Puan Noral Huda, dia pun teragak agak nak bagitahu result. Bila satu kelas push dia suruh bagitahu juak result, last last dia mengalah. Haha she said next week dia bgi. Alhamdulillah. Dia cakap kelas aku ada yang gagal. Aku dah takot gila sebab series aku cakap, sejarah is a subject that i really hate and for me, it is the hardest subject. Am i right? Haha gila kan. Tetiba dia cakap "Kelas niy ada sorang je gagal" peh! Makin berderau darah aku. Then aku tanya "Yang gagal tuh lelaki ke perempuan?" and dia jawab lelaki. Subhanallah.. Lega rasanya. Then dia pun cakap "Kelas niy ada sorang dapat A tapi saya lupa siapa" seriesly aku cakap, beruntung gila siapa yang dapat A tuh sebab sejarah harituh esei dia susah gila. Erm risau ah. Dapat kompeten pun jadilah. Asalkan takyah ulang paper, amin! K lah, tuh je nak cakap. Anyway, siapa yang terbaca post niy, please pray for me okey :') Assalamualaikum.

Salam,
FUTURE WIFE :')

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum. Hai hai. Harinih first day sekolah lepas dua minggu cuti. Actually harinih excited sangat nak datang kolej sebab nak tahu result. Tapi semua pensyarah cakap "Tunggu slip keputusan dari LPM je". Menyampah betol. Pagi tadi datang datang sekolah, terus perut memulas. Letih tau. Masuk hall letak beg, terus pergi toilet dengan piepah. Tapi zero zero. Haha. Start je assembly, perut mmulas balik. Pergi toilet lagi tapi still zero. Erm sebab sakit perut sangat, pukul 12 gap aku tak makan pun. Lepak kelas. 15 minit aku lepak, si manja datang. Hehe. Seronok sangat dapat lepak dengan dia dua jam. Teman dia tidur dalam kelas. Seronok okey! Terima kasih Ya Allah, semuanya berjalan dengan lancar.

Salam,
FUTURE WIFE :)